PELAN DIET ALSD II


KENAPAKAH BUAH-BUAHAN TIDAK DIBENARKAN SEPANJANG PLAN DIET SD II DI JALANKAN ?

Ketika dalam menjalani program diet penurunan berat badan SD II ini, pengambilan karbohidrat harian ini SEHARUSNYA di antara 20g hingga 35g sahaja. Buah-buahan pula mengandungi kandungan karbohidrat yang teramat tinggi dan sememangnya tidak sesuai bagi program ini. Bandingkan jadual dibawah:


Bagi memberi kesan yang lebih maksimum anda disarankan mengurangkan diet karbohidrat, berlemak dan menambahkan diet protein. Apabila badan kita kurang sumber-sumber2 ini, maka dengan semulajadinya pembakaran lemak yang disimpan dibadan kita akan dibakar oleh metabolisme badan. Kita juga memerlukan protein yang cukup untuk menggantikan sel-sel yang telah mati. SDII akan bertindak sebagai catalyst atau penggalak pengurangan berat badan secara semulajadi dan ianya terbukti berkesan dan selamat.


Saranan saya disini, produk pelangsingan di pasaran memang terlalu banyak membuatkan kita selalu keliru dan rata-rata ingin kesan yang cepat. Yang penting adalah anda perlu bijak memilih dan pilihan anda haruslah yang selamat dan tidak memberi kesan sampingan. Apa yang paling penting adalah disiplin diri dan kesetiaan kepada program.

TIDAK ADA HALANGAN UNTUK MAKAN CUMA PILIH MENU MAKANAN DENGAN BIJAK.

Kunci & Rahsia Menurunkan Berat Badan dengan cepat dan kelihatan cantik
Untuk Keputusan maksimum anda perlu mengambil:
  • 4 Hidangan Slim Diet II
  • 3 Hidangan makanan yang sehat dan bergizi
  • 3-5 Hidangan makanan berprotein
  • 8 gelas air sehari
  • Bersenam (seperti 20 minit berjalan, 3 kali seminggu)

Protein Yang Mencukupi : Protein yang mencukupi akan memastikan badan tidak akan bekerja keras untuk melindungi fungsi hati, paru-paru dan otak. Slim Diet II mengandungi kandungi protein maksimum dan kalori yang minimum. Secara idealnya, pengambilan Slim Diet II hendaklah disertai dengan pengambilan 1 gram protein bagi setiap kg berat badan yang ideal.

Senaman Yang Mencukupi : Berjalan selama 20 – 30 minit setiap hari sudah memadai untuk membantu memecahkan kalori. Walaubagaimana pun, kadar senaman hendaklah bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah kesihatan, memadailah dengan berjalan di permukaan yang rata atau gantikan saja dengan senaman lain seperti renang.

MENU DIET CADANGAN SEPANJANGAN PENGAMBILAN  SD II


Dibawah ini kami sertakan menu cadangan yang berkesan bersama SDII meliputi sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.

Penting: Pastikan minum SDII terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa makanan.

SARAPAN PAGI
  • Menu-1 Minuman SDII, Sebiji telur + Daging + Keju Cheddar rendah lemak, 1 biji tomato saiz sederhana.
  • Menu-2 Minuman SDII, 2 Biji telur rebus, 1 biji tomato saiz sederhana.
  • Menu-3 Minuman SDII, 2 Biji telur hancur (scrambled) dan sayur campuran.
  • Menu-4 Minuman SDII, Sup telur dicampur hirisan ayam dan secawan kobis.
  • Menu-5 Minuman SDII, 2 biji telur goreng dan salad sayur-sayuran.
  • Menu-6 Minuman SDII, Sup berasaskan daging ayam, telur hancur (scrambled) dan Brokoli.
  • Menu-7 Minuman SDII, telur yang di steamkan dengan daging kisar dan cendawan serta sebiji tomato sederhana.

MAKAN TENGAHARI
  • Menu-1 Minuman SD II, Tofu serta isi ketam, telur dengan udang dan Brokoli rebus.
  • Menu-2 Minuman SD II, ayam dipanggang, adunan salad digoreng bersama bawang putih dan asparagus goreng.
  • Menu-3 Minuman SD II, daging goreng kicap dan brokoli bersama udang.
  • Menu-4 Minuman SD II, Rendang ayam serta adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
  • Menu-5 Minuman SD II, ayam digoreng bersama halia dan asparagus dipanggang bersama telur.
  • Menu-6 Minuman SD II, stik bersama potongan tomato segar dan adunan goreng kacang bendi, cendawan dan bawang.
  • Menu-7 Minuman SD II, ikan dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.

MAKAN MALAM
  • Menu-1 Minuman SD II, hirisan kambing bakar dengan sos pudina, sayur campuran dan daun saderi (celery) digoreng bersama udang.
  • Menu-2 Minuman SD II, Ikan yang dimasak stim bersama tomato, cendawan dan daun bawang.
  • Menu-3 Minuman SD II, ayam yang dipanggang, tofu bersama daging kisar, serta sayur bayam.
  • Menu-4 Minuman SD II, hirisan kambing bakar bersama sos pudina, daun saderi (celery) + udang digoreng, serta sayur campuran.
  • Menu-5 Minuman SD II, Ketam yang dipanggang, ikan dan adunan brokoli dan kobis bunga digoreng bersama.
  • Menu-6 Minuman SD II, adunan goreng udang campur daun saderi (celery) dan hati goreng halia.
  • Menu-7 Minuman SD II, Tofu beserta isi ketam, udang dimasak dengan telur, Brokoli yang direbus.

SEBELUM TIDUR, AKHIR SEKALI MINUM SEGELAS SD II.


PERHATIAN:
  • Ibu yang hamil atau sedang menyusu bayi tidak seharusnya menyertai apa-apa bahagian dalam program penurunan berat badan.
  • Kepada kesemua pengidap Diabetes Mellitus (IDDM) yang bergantung kepada insulin, adalah perlu pengawasan doktor ketika anda menyertai program ini.
  • Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mengambil atau amalkan ubatan tertentu.